Back to All BLOG POSTS

Sistem Imun Anda Tidak Perlu Ditingkatkan – Ia Memerlukan Sokongan yang Tepat

Sedang dimuatkan...

Dengan begitu banyak suplemen imun di pasaran, kita mungkin berfikir bahawa semuanya bertindak dengan cara yang sama. Tetapi bagaimana jika perbezaan sebenar terletak pada cara mereka menyokong sistem imun anda — bukan hanya pada bahan-bahan yang terdapat dalam suplemen tersebut?

 

Dalam bahagian pertama #SHIRUTOCARES, kita telah membincangkan bagaimana penjagaan diri menjadi asas utama untuk kita terus berbakti kepada insan tersayang. Namun, istilah "menjaga diri" ini kadangkala agak umum. Jadi, apakah maksud sebenarnya dari sudut kesihatan tubuh badan?

Satu titik permulaan yang baik adalah dengan memahami sistem imun anda. Apabila bercakap tentang kesihatan imun, kita sering mendengar nasihat seperti “ambil lebih banyak vitamin C” atau “pastikan tidur mencukupi”. Semuanya penting, tetapi ada satu persoalan asas: Bagaimana sebenarnya sistem imun kita berfungsi dan apa yang diperlukan untuk memastikan ia menjalankan tugas dengan baik? 

Apabila anda memahami perkara ini, banyak persoalan mula terjawab. Antaranya,  mengapa kita mudah jatuh sakit, badan sering terasa lesu dan sesetengah suplemen memberikan sokongan yang lebih menyeluruh berbanding yang lain.

 

Imuniti Bukan Tentang Menjadi Lebih Kuat

Di dalam badan anda terdapat rangkaian sel yang sentiasa bekerja sebagai pertahanan diri daripada ancaman seperti makrofaj, sel T, dan sel B. Makrofaj menjalankan tiga tugas serentak:

  • Melindungi — memusnahkan patogen apabila bersentuhan.
  • Mengesan — menghantar isyarat apabila sesuatu berlaku.
  • Mengingati — melatih sel imun lain untuk mengenali ancaman yang sama pada masa akan datang. 

Namun, seperti sistem lain dalam tubuh, sistem imun juga perlu berada dalam keadaan seimbang: 

  • Kurang aktif: Badan sukar mempertahankan diri, menyebabkan lebih mudah jatuh sakit dan mengambil masa lebih lama untuk pulih. 
  • Terlalu aktif: Sistem pertahanan mula menyerang tisu sihat, lalu menyebabkan alahan dan isu autoimun seperti penyakit autoimun (artritis reumatoid) atau diabetes jenis 1.

Sistem imun yang sihat bukan sistem yang bertindak agresif. Sebaliknya, ia sistem yang seimbang, bertindak apabila diperlukan, dan berehat setelah tugas selesai.

 

Bagaimana Cara Menyeimbangkan Sistem Imun Anda?

Jika sistem imun bergantung pada sel-sel yang perlu diaktifkan, diseimbangkan, dan diberi ruang untuk pulih, maka suplemen yang hanya fokus pada satu fungsi sahaja jelas tidak mencukupi. Jurang inilah yang ditampung oleh BElixz SHIRUTO, bersama gabungan tiga bahan utama iaitu Ekstrak Penapaian Gandum (IP-PA1), Beta Glukan & Vitamin C. Setiap satu memainkan peranan berbeza dalam menyokong fungsi imun, berbanding bergantung pada satu bahan semata-mata. Pendekatan ini mencerminkan konsep asas #SHIRUTOCARES pada peringkat selular bahawa penjagaan sebenar merangkumi keseluruhan, bukan hanya sebahagian. 

 

Bahan yang Sering Dilepas Pandang Dalam Kebanyakan Suplemen: IP-PA1

 

 

Kebanyakan suplemen imun bergantung pada antioksidan atau nutrisi kesihatan umum. Hanya sebahagian fokus kepada pengaktifan sel imun dan di sinilah bahan utama BElixz SHIRUTO tampil berbeza.

IP-PA1 ialah ekstrak gandum yang difermentasi dan telah dipatenkan lebih 10 negara, termasuk Jepun, Amerika Syarikat, Australia, Kanada serta beberapa negara di Eropah. Di Jepun, ia diiktiraf sebagai bahan pertama dan satu-satunya yang diakui di bawah rangka kerja Control of Innate Immunity C.I.P., lalu membuktikan ia bukan sekadar bahan biasa yang terdapat di pasaran luas.

Keberkesanan IP-PA1 disokong oleh penyelidikan berdekad mengenai tindak balas imun badan, satu bidang sains di mana penemuan asasnya pernah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang perubatan atas sumbangan dalam memahami kaedah pengaktifan sistem imun. 

 

Peranan Beta Glukan

 

 

Beta glukan berasal daripada ekstrak yis pembuat roti (Baker’s Yeast Extract) dan memainkan peranan yang berbeza dalam menyokong sistem imun. Secara umumnya, Beta Glukan merupakan serat semula jadi yang boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti yis, oat, dan barli. Namun, jenis Beta Glukan yang berbeza mempunyai fungsi yang berbeza. Beta glukan daripada bijirin seperti oat dan barli lebih terkenal dengan peranannya dalam menyokong kesihatan jantung.

Beta Glukan bersumberkan yis dalam BElixz SHIRUTO berfungsi secara berbeza. Ia menyokong sistem imun, membolehkan sel imun bertindak balas lebih cepat dan cekap apabila diperlukan. Anggaplah ia seperti membantu sistem pertahanan badan agar lebih waspada dan responsif antara sel imun untuk tindak balas yang lebih cekap.

 

Adakah Vitamin C Mengaktifkan Sel Imun?

 

 

Vitamin C amat penting untuk tubuh. Sebagai antioksidan, ia mengurangkan tekanan oksidatif dan menyokong pemulihan sel imun selepas aktif. Namun, fungsi memberikan sokongan tidak sama seperti mengaktifkan. Vitamin C bukan pencetus utama tindak balas makrofaj. Sebaliknya, ia melengkapkan peranan Beta Glukan dan IP-PA1 bagi menyokong tindak balas imun yang lebih menyeluruh.

 

Mengapa Memilih BElixz SHIRUTO?

Walaupun setiap bahan mempunyai manfaat tersendiri, sokongan imun yang sebenar memerlukan pendekatan yang seimbang. BElixz SHIRUTO menggabungkan IP-PA1, Beta Glukan, dan Vitamin C untuk menyokong pengaktifan, perlindungan, dan keseimbangan imun melalui pendekatan pelbagai bahan.

 

Ciri

Vitamin C

Beta Glukan

BElixz SHIRUTO (IP-PA1 + Vitamin C + Beta Glukan)

Peranan Utama 

Sokongan Asas Antioksidan 

Anti-radang & Memberi Keseimbangan

Pengaktifan + Perlindungan + Anti-radang + Keseimbangan

Pengaktifan Imun 

Tiada 

Ya (Sebahagian) 

Ya (1,000x lebih berkesan)

Tahap Perlindungan

Sokongan Asas 

Sokongan Khusus

Sokongan Menyeluruh (Lengkap)

 

Disini, tiada satu bahan pun yang melakukan segalanya. Vitamin C melindungi. Beta Glukan memberi keseimbangan. IP-PA1, satu-satunya bahan eksklusif dalam formula BElixz SHIRUTO berfungsi mengaktifkan. IP-PA1, Beta Glukan, dan Vitamin C bekerjasama dalam menyokong pendekatan yang lebih menyeluruh dalam penjagaan kesihatan imun. BElixz SHIRUTO diformulasikan dalam sachet individu yang mudah dibawa dan praktikal dengan ramuan yang distandarkan serta 100% diimport dari Jepun, diiktiraf GMP dan HALAL, serta sesuai untuk golongan vegetarian.

Cadangan pengambilan: 1 paket sehari (kanak-kanak); 1–4 paket sehari (dewasa).

 

Penjagaan Diri Bermula pada Peringkat Selular

Penjagaan diri yang sebenar bermula dengan memberikan sokongan lengkap kepada sistem imun yang diperlukan oleh tubuh. Suplemen yang hanya menumpukan pada aspek perlindungan atau keseimbangan mungkin hanya memenuhi sebahagian daripada keperluan sokongan tubuh. BElixz SHIRUTO bukan pengganti kepada gaya hidup sihat; sebaliknya, ia melengkapi tubuh anda dengan menggabungkan pengaktifan, keseimbangan dan perlindungan dalam satu formula. Dengan penjagaan yang lebih menyeluruh, anda membina asas untuk terus hadir dan bersama insan yang paling bermakna dalam hidup. 

Rujukan:

  1. Immune Deficiency Foundation. “How Your Immune System Works.”, 2025
  2. Macrophage Heterogeneity, Activation, and Polarization – in Encyclopedia of Immunobiology, 2016
  3. “Can You Really Boost Your Immune System?” Cedars-Sinai, 2020 
  4. Inagawa H., Proc ICNIM. P. 159-162, 2018